Wednesday 14 September 2011

Teknologi Nano



1.   Pengenalan
Ramai yang menganggap semua jenis ekstrak herba yang mereka gunakan adalah sama. Realitinya tidak semua ekstrak herba di pasaran serupa dari segi kandungan nutrien dan ketulenannya malah sesetengah ekstrak herba mengandungi lebihan pelarut kimia yang berbahaya kepada manusia.

Para saintis abad ini telah berjaya mengadaptasi gabungan ilmu kimia, termodinamik dan bioteknologi untuk menghasilkan teknologi tekanan tinggi, suhu rendah dan bebas kimia. Teknologi ini dinamakan “supercritical extraction” (Pengekstrakan Bendalir Lampau Genting, BLG) atau lebih dikenali sebagai Proses SC-CO2 di kalangan saintis. Hasil daripada penemuan teknologi ini terbukti amat sesuai untuk penghasilan ekstrak herba yang paling tulen dan selamat untuk kegunaan manusia.

2.     Ciri-ciri ekstrak herba melalui teknologi “Supercritical Extraction”


2.1    Berkepekatan Tinggi

Proses SC-CO2 memastikan bahawa nutrient dan bahan aktif yang terkandung secara semulajadi di dalam tumbuhan herba tidak hilang atau rosak semasa pengekstrakan.

Suhu yang digunakan adalah rendah iaitu sekitar 300oC tidak akan merosakkan nutrient dan bahan aktif yang dikehendaki. Sebagai perbandingan dengan kaedah Kimia Penyulingan (Chemical Distillation & Fractioning) dan pemerahan (pressing), proses ini menjimatkan penggunaan herba mentah sebanyak 250kg untuk penghasilan 1kg ekstrak herba.

2.2    Segala khasiat semulajdi terkandung di dalamnya.

Proses SC-CO2 menghasilkan ekstrak herba terapeutikal yang maksima dan menyeluruh dari segi khasiat, kebaikan pertahanan dan penyembuhan semulajadi tumbuhan herba tersebut. Kebanyakkan pengekstrakan konvensional secara kimia dan fizikal hanya mampu mengekstrak bahan aktif tertentu yang sudah pastinya menyebabkan kehilangan keseluruhannya spectrum fitonutrien semulajadi yang wujud dalam tumbuhan tersebut.

2.3    Amat tulen & bebas bahan kimia industry

Proses SC-CO2 adalah satu-satunya proses yang sangat selamat dan efektif untuk penghasilan Ekstrak Herba yang sangat tulen. Tiada pelarut kimia industri yang digunakan dan ekstrak yang terhasil adalah bebas dari bendasing (free from impurities). Kebanyakkan ekstrak herba di pasaran menggunakan pelarut kimia industri seperti Hexane dan Acetoneyang juga digunakan untuk pembuatan pencair cat, gam perekat, pengilat kuku, pencuci malah digunakan sebagai pembersih cucian kering. Mana mungkin makanan tambahan herba boleh dibiar mengandungi sisa pelarut kimia industri?

3.0    Bagaimana proses SC-CO2 berfungsi?

 Berbanding kaedah pengekstrakan herba secara biasa yang menggunakan pelarut kimia industri (seperti mana kedai dobi menggunakan pelarut kimia untuk menghilangkan kotoran pada pakaian semasa cucian kering), Proses SC-CO2 hanya menggunakan bahan semulajadi iaitu gas karbon dioksida (CO2). Gas CO2 adalah terbakar, tiada bau, tiada rasa dan lengai secara kimia. Ia wujud dalam udara bumi dan amat diperlukan tumbuhan semasa fotosintesis untuk tumbuhan terus hidup.

Berbanding dengan pengekstrakan kimia biasa. Proses Proses SC-CO2 berteknologi tinggi ini tidak mencemarkan bahan herba, persekitaran mahu pun tubuh manusia. Molekul gas semulajadi CO2 yang bertekanan tinggi akan menembusi sel-sel tumbuhan herba yang hendak diekstrak pada kelajuan dan kekuatan yang amat tinggi. Gas ini akan membawa bersamanya segala nutrient yang dikandung oleh tumbuhan herba. Setelah proses akhir iaitu pencecairan dan kitar semula gas. Ekstrak Herba tulen yang terhasil diasing dan dikumpulkan.

Kami di Nur-Lizz Marketing memastikan hanya produk herba yang terbaik dengan pemprosesan melalui kaedah Nano untuk memastikan ketulinan hasilnya.

Inilah jawapan mengapa produk keluaran syarikat kami jauh lebih pantas keberkesanannya serta selamat dari kimia serta bahan-bahan yang merbahaya. Pengguna tidak perlu merasa was-was lagi dengan produk keluaran syarikat kami.

Senarai produk Nur-Lizz Health Solutions Series yang telah berada di pasaran :

a.       Healthy Slimming
b.      Healthy White Skin
c.       Healthy Young
d.      Healthy Pink Skin

Akan menyusul banyak lagi produk untuk berbagai masalah kesihatan dan kecantikan. Layari laman web kami untuk lebih info di http://www.nur-lizz.blogspot.com.